Thursday, November 25, 2010

Lantaklah!

Secara serius, aku bukanlah seorang penghibur. Aku lakukan semua perkara atas kehendak aku. Jadi, kepada makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang tersalah anggap dan kurang gembira bila dapat tahu yang aku seorang yang jarang bercakap (atau senang cerita, tak pandai berbual), aku tak mahu minta maaf atas kebodohan kamu menilai orang lain. 

Monday, November 22, 2010

Malang

(Latar belakang dari akta angkasa - Helaian Epilog Teks Ringkas Edisi Kita)


Balik beraya baru-baru ini aku baru tersedar yang ayah tersangat tua. Kadang-kadang bila aku berbual dengannya, dia akan termenung seketika seperti memikirkan sesuatu. Dan bila aku pegang tangannya baru dia tersedar dan tanya kembali apa yang aku sedang bualkan dengannya.

Ayah ada 3 orang anak. Along, Angah dan aku. Yang paling manja dengan ayah adalah Along. Tapi Along jarang balik ke rumah ayah kerana telah mempunyai keluarga sendiri. Angah pula adalah satu-satunya makhluk yang tinggal bersama-sama dengan ayah. Mungkin kerana hanya Angah yang menjaga ayah selepas ketiadaan ibu, Angah macam sedikit tertekan.

Apa yang aku amati setiap kali aku balik, Angah semacam ada krisis dengan ayah. Kalau ayah cuba berbual dengannya, dia tidak memberi apa-apa respond. Pernah juga aku bertanya kepada ayah tentang perkara ini. Tapi ayah tak pernah jawab dengan jawapan yang tepat dan kemudian suasana menjadi sunyi seketika. Ayah termenung lagi. "Laila jangan marah-marah dekat Angah. Angah nampak je macam tu...", ayat biasa yang ayah akan katakan pada aku. Biasanya selepas pertanyaan tentang Angah, ayah akan terus berlalu meninggal aku dengan seribu tanda tanya. Bukan aku tak mahu bertanya kepada Angah. Tapi semua orang tahu yang Angah jenis keras kepala, degil, panas baran dan apa-apa perangai yang selalunya ada pada samseng.

Bukan aku membenci Angah. Secara jujur Angah dan aku tiada apa-apa masalah. Berbanding Along, aku lebih rapat dengan Angah. Jadi aku tahu perangainya. Apa yang dia tidak suka jangan cuba-cuba tanya atau paksa. Aku memang faham sangat. Macam perkara ini yang Angah tidak pernah cerita kepada aku, jadi janganlah memandai tanya kalau tak nak kena maki. Tapi aku sedikit terkilan dengan sikap Angah terhadap ayah. Apa lagi yang aku boleh buat?






Cerita lain,





Balik semula ke rumah sewa semalam. Sesampainya aku di muka pintu, grill tak berkunci. Aku buka pintu perlahan-lahan. Teman serumah yang aku tak faham apa jenis perangainya berdengkur dengan televisyen terbuka. Kalau-kalau ada berita gadis dirogol atau disamun di kawasan perumahan ini, memang aku tahu siapa mangsanya.

Cuai.

Dah banyak kali aku beritahu pada teman serumah supaya kunci semua pintu kalau hendak tidur.

Aku buka pula pintu balkoni. Macam lahanat. Tuan rumah masih belum upah plumber untuk membaiki tangki air yang bocor dan macam biasa teman serumah aku lebih sanggup menonton televisyen dari mop air yang melimpah ruah ini.

Adakah aku secara rasmi telah dilantik sebagai tukang gaji untuk rumah sewa yang bukan hanya teman serumah yang bayar sewanya?

Sebab aku terlampau penat memikirkan hal keluarga dan rumah sewa ini, aku terus masuk bilik dan tidur sehingga aku perlu bangun untuk bekerja pada pagi tadi. Di tempat kerja pula kerja berlambak padahal aku dah siapkan sebelum cuti minggu lepas dan akhirnya aku terpaksa siapkan kesemua itu sampai pukul 7 petang tadi.

Tahniah kepada aku kerana ditimpa malang.

Monday, November 15, 2010

Level

Setelah macam-macam perkara berlaku, bagai sang pertapa aku dapat rasakan yang aku sudah mencapai tahap yang lebih tinggi dari sudut sosial dan emosi.


Jadi kepada teman-teman yang masih bersosial dan beremosi seperti anak-anak tadika, aku minta maaf kerana tiada masa untuk melayan kerenah ke'tadika'an kamu semua kerana aku sedang berhadapan dengan realiti kehidupan.


Kamu fahamkan apa itu realiti? Kalau tak faham kamu boleh pergi bermain semula dengan rakan-rakan tadika kamu. 

Saturday, November 13, 2010

Mengumpat Tuan rumah dan teman serumah

Sekarang ni selain melukis gambar orang cacat, aku terpaksa ada aktiviti lain iaitu mop lantai balkoni yang basah akibat air pada tank air (yang aku rasa pelampung dia rosak) yang melimpah ruah. Kerja-kerja mengemop lantai yang basah tatakala air pada tank air tidak penuh dilakukan oleh aku seorang. 


Ya. Aku seorang. Sebab apa? Sebab house mate aku yang macam jalang itu buat-buat tak reti dan hanya gemar menonton astro ria.


Lagi satu celaka adalah tuan rumah yang aku dah call berkali-kali tapi tak jawab telefon. Hantar text sms pun dia tak balas. Tapi kalau hantar sms beritahu duit sewa telah di bank in cepat macam dubuk pula dia reply.


Kau ni kenapa ya tuan rumah? Kalau kau dah tak mahu ambil peduli rumah ini janganlah kau sewakan kepada aku. Dah lah gatal.  


Bodoh!

Wednesday, November 10, 2010

Kecewa

Kadang-kadang orang yang kita sangka rapat dengan kita, belum tentu akan kongsi kesenangan dengan kita. Aku bukan insist orang untuk berkongsi kegembiraan atau apa-apa peluang yang boleh menjayakan kehidupan ini dengan aku.


Tapi bila kau hanya dapat tahu berita gembira teman rapat kau dan kau tersedar kau adalah orang terakhir yang tahu, macamana jenis tak kisah pun kau, kau akan tetap berkecil hati juga.

Dia selalu lepak dengan kau, makan dan minum bersama-sama dengan kau, kutuk orang lain dengan kau, selalu datang ke rumah kau untuk menumpang di kala kesusahan dan akhirnya kau adalah orang terakhir yang tahu tentang berita gembira dia.

Aku memang dah lost hope dengan makhluk yang bergelar 'kawan' ini sebab banyak kali aku dah terkena. Manusia memang suka ambil kesempatan keatas kebaikan aku dan bila mereka ada kebaikan mereka sendiri mereka akan pergi meninggalkan aku.

...semakin ramai yang meninggalkan aku, semakin banyak potret orang-orang cacat yang aku akan lukis.

Kadang-kadang kita terlupa

Hari agak suram walaupun panas terik. Mungkin suasana ini dipengaruhi kerana ada tragedi yang berlaku pada staff di pejabat aku ni.

Kadang-kadang bila semua ini berlaku, kita semua terlupa yang kita hanya dipinjamkan dan karma sentiasa bekerja 24 jam 7 hari seminggu.

Tuesday, November 9, 2010

Hinggar

Sekarang di pejabat tempat aku bekerja ni ada chaos. Balik nanti boleh la aku lukis lagi gambar orang cacat dengan lebih banyak.

Tuesday, November 2, 2010

Musim hujan di kedai buku

Hari ini aku dapat satu pengajaran. Jangan melepak di kedai buku dengan teman yang tidak suka membaca sebab bila mereka sudah bosan, mereka akan kutuk hobi ini.

Melukis untuk diri sendiri

Aku seorang pelukis yang tidak profesional. Aku tak pernah melukis untuk mendapatkan upah. Aku melukis untuk diri sendiri. Kadang-kadang bila teman-teman datang ke rumah dan melihat lukisan aku, mereka akan suruh aku lukis gambar-gambar mereka. Kadang-kadang mereka akan bertanya, "kenapa lukisan kau banyak gambar orang cacat?". Aku tak mampu menjawab kerana aku hanya tahu melukis gambar orang-orang cacat.


Jadi bagaimana aku hendak melukis gambar-gambar mereka yang normal sedangkan aku hanya tahu melukis orang-orang cacat?


nota kaki : maaf tiada pengenalan tentang blog ini. ianya hanya diari aku dan penilaian aku tentang kehidupan.