Friday, May 12, 2023

Tanya

Dia pernah tanya kepada aku, 

“kalau umur aku dah 35 masih belum kahwin kau kahwin dengan aku nak?”

Aku jawab,

“Sori, aku taknak jadi pilihan kedua”, sambil senyum simpul. 

Kemudian kami ketawa sambil dia syok seluk plastik keropok ikan yang aku dah koyakkan dan letak atas meja. 

Hari ni genap 2 tahun dia dah tiada. 

Monday, June 16, 2014

Wujud

Dia sangkakan dia dah hilang. Begitu juga dengan hari-harinya yang mendatang. Mungkin juga dia harap dia tidak lansung wujud.

Monday, February 3, 2014

Mereka pernah berkata, "lepas kau pergi tak banyak benda yang dia lakukan melainkan melihat gambar-gambar yang kau pernah lukiskan untuk dia walaupun gambar-gambar itu tiada kena mengena dengan dia".

Jadi, aku hanya mampu mendengar dan sedaya upaya buat muka poker tapi apakan daya air mata aku tetap mengalir. 

Macam aku pernah tulis di sini dulu, siapa yang ditinggalkan dialah orang yang paling sedih berbanding dengan orang yang pergi.


Thursday, January 2, 2014

.

Dalam kedinginan malam bersama angin yang bertiup lembut, berdiri kau menyebelahi aku dan kita sama-sama bersandar di kereta sambil menikmati neon daripada bandar besar yang aku rasa tiada jiwa itu.

Di sebelah aku juga apa kurangnya, hanya jasad yang masih sama tetapi rohnya semakin menghilang dan meskipun aku tatap berharap agar kembali kepada yang dulu, ianya adalah harapan kosong.

Jadi aku anggap ini selamat jalan dan kau juga telah lama berharapkan. Terima kasih untuk tetap bersama selama ini. Semoga baik-baik sahaja untuk kau. Senyuman tadi pasti adalah senyuman terakhir untuk kau tatap dan maafkan aku kerana kebelakangan ini aku ketandusan senyuman dan mungkin inilah punca segala-galanya.


Thursday, March 28, 2013

Bebas

Kebebasan yang mutlak adalah apabila kau putus harapan.

Kecewa tapi kau bebas.

Bebas daripada berharap.

Thursday, March 21, 2013

The other way around

Kadang-kadang bila kau tidak berada di dalam keadaan yang gembira, tak semestinya orang lain pun kena berduka macam kau dan bila kau bahagia tak semestinya orang lain pun kena bahagia macam kau.

Tuesday, November 27, 2012

Tinggal

Dulu kau tinggalkan orang. Sekarang orang tinggalkan kau dan mereka jalani kehidupan mereka sendiri. Kau hanya boleh jadi pengendap. Mengendap kehidupan mereka.

Sedih bukan?


Memang, semua orang akan merasa bagaimana perasaan ditinggalkan.