Friday, April 15, 2011

Petang yang salju

Hari ini aku bercadang untuk pulang awal. Jadi sejak pukul 5:45 tadi aku dah siap-siap kemas meja. Lepas mengemas aku ke tingkap untuk menjenguk keadaan jalan sekitar bangunan tempat aku bekerja. Dari sini (tingkat 9), aku dapat lihat sepanjang jalan yang bakal aku lalui ketika pulang nanti.


Sesak. Mungkin berlaku kemalangan.


Aku ke pantry, masak air panas dan bancuh kopi. Kemudian buka semula komputer, tulis entri ini dan selepas ini aku akan sambung bekerja semula.